01 Disember 2011

Demooookrasi Lembu

bersatulah kroni-kroni sekalian
kita ternak budaya baru
dengan ketetapan akta
di dewan rakyat
mana pembangkangnya?

ayuh, kita lembukan demontrasi
walau terkangkang demokrasi
mari kita cucuk hidung rakyat
ke arah d i k t a t o r a s i.

tanpa jerit protes
kemungkaran tak mungkin diselak
selagi minda rakyat dikandang
undang-undang adalah rumput
kita tanam, kita pijak, kita berak.

biar rakyat tolol
jangan kita bahalul.

0 comments: